Akaun amanpalestindamansara.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

 AYUH!!! KEMBALIKAN KEGEMBIRAAN MEREKA... 



 LATAR BELAKANG PROJEK JOM TAJA (KAFALAH) 

Saban hari, ada sahaja berita pengeboman dan pembantaian ke atas penduduk Palestin dan Syria yang sehingga kini telah meragut jutaan nyawa tidak kira bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua. Bahkan kemusnahan infrastruktur seperti rumah, sekolah, masjid dan bangunan-bangunan perniagaan tidak terkira banyaknya dan ianya cukup mustahil untuk dibangunkan semula kerana majoriti mereka tidak mempunyai pekerjaan serta hidup serba daif. Penderitaan mereka diburukkan lagi dengan rampasan tanah dan rumah oleh rejim Zi.onis sejak tahun 1948 hingga kini.


 JOM TAJA (ANAK YATIM) 


Tajaan kepada kanak-kanak yang berstatus anak yatim sekitar Gaza, Tebing Barat,Kem Pelarian di Lubnan dan Syria. Seramai 164 anak yatim masih belum di taja saat ini.


 JOM TAJA (IBU TUNGGAL) 

Dalam banyak-banyak usaha kita berikan bantuan, yang paling terkesan bila kita berikan bantuan adalah ibu tunggal. Susah mereka dekat sana sampai makan untuk keluarga pun dicatu, tapi masih mampu hidangkan kita secawan teh sebagai tetamu. Bayangkan, sebulan kita dapat bantu ibu tunggal dekat sana, berapa banyak kemudahan yang kita dapat berikan untuk para ibu tunggal di sana! Pastinya ini bakal menjadi pelaburan terbaik untuk akhirat para penaja.


"Barangsiapa mempersiapkan (bekal) orang yang berperang di Jalan Allah, bererti dia telah berperang (mendapat pahala berperang). Dan barang siapa menjaga (menanggung urusan rumah) orang berperang di jalan Allah dengan baik bererti dia telah berperang." (HR Bukhari)


 JOM TAJA (KELUARGA MISKIN) 


Pada tahun 2022, sebanyak USD 1.12 juta peruntukan disediakan untuk keluarga miskin di Gaza, Baitulmaqdis dan Tebing Barat dengan projek Pemulihan dan Penyediaan Tenaga Solar untuk Rumah Keluarga Miskin. Sebanyak 145 buah rumah mendapat manfaat dan projek ini memberi nafas lega buat penduduk di Palestin yang selama ini berhadapan dengan krisis catuan tenaga elektrik oleh penjajah Is.r4el.



"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan  darinya kesusahan di hari kiamat. Barang siapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)



 JOM TAJA (DANA PENDIDIKAN) 



Antara faktor utama penggantungan sijil graduasi para pelajar di Palestin adalah faktor kemiskinan para pelajar dan mereka tidak mampu untuk membayar yuran akhir pelajaran. Projek ini memperuntukkan sebanyak USD 150,000 di Gaza dan akan dilaksanakan sepanjang 6 bulan serta memberi manfaat kepada 164 para graduan.


"Orang yang keluar untuk menuntut ilmu, termasuk orang yang berjuang di jalan Allah." (HR Bukhari)






 VIDEO PENGORBANAN SEORANG IBU TUNGGAL 



 VIDEO UCAPAN TERIMA KASIH ANAK YATIM BUAT PENYUMBANG DI MALAYSIA 


 APA KATA PARA PENAJA? 


"Bagaikan satu hijrah dalam diri saya dan keluarga kerana kesannya amata terasa. Semenjak membiayai anak yatim Palestin, pintu rezeki saya seperti terbuka luas. Saya sentiasa merasa bahagia dan diberkati ketika bersama keluarga dan rakan-rakan". 

Dr.Naffisah Mohd Hassan|Penaja Anak Yatim|MALAYSIA


"Alhamdulillah, dengan kemudahan yang Allah berikan kepada saya dan isteri dalam membantu keluarga yatim di Palestin, Allah membalas dengan ganjaran cahaya mata buat kami. Tidak rugi membantu kerana balasannya tidak lain hanyalah kabaikan untuk kita".

Bapak Xeno|Penaja Anak Yatim|INDONESIA


"Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan Aman Palestin dalam Projek Kafalah ini. Mendapat surat daripada keluarga & anak-anak yatim tajaan saya cukup menggembirakan saya walaupun saya tidak pernah mengenali mereka. Mereka adalah keluarga & anak-anak seagama saya".
Norlidah Mohd Salleh|Penaja Anak Yatim|SINGAPURA


================================================================================


AYUH, USAH BERLENGAH LAGI!!!
JOM KITA SAMA-SAMA BANTU TAJA MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP!

MOGA ASBAB DOA-DOA MEREKA SEBAGAI ANAK YATIM DAN PENDUDUK DI BUMI BARAKAH INI AKAN MEMBAWA KEPADA KEBERKATAN HIDUP DAN KEMURAHAN REZEKI KITA DUNIA AKHIRAT.


ANDA JUGA BOLEH!
JOM SERTAI JOM TAJA (KAFALAH)
HARI INI!

================================================================================

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kempen penajaan kafalah ini, sila hubungi:

(03-61431335)
Pejabat Aman Palestin Cawangan Kota Damansara

Keliru? Tanya kami