Akaun amanpalestindamansara.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

 "AYUH REBUT PAHALA BERPANJANGAN" 

 DENGAN MELAKSANAKAN WAKAF AIR BERSIH SYRIA 


Alhamdulillah, projek Air Bersih Syria di Jarablus  dianggarkan siap dalam jangka masa 12 bulan dan akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Jarablus. Sumber air merupakan sumber utama kehidupan manusia dan bagi penduduk Jarablus, kesukaran mendapatkan air bersih adalah satu cabaran besar. 


 JOM KITA TONTON VIDEO PERKEMBANGAN PROJEK AIR BERSIH DI SYRIA 


Projek Air Bersih Syria ini menyalurkan air dari Sungai Furat ke sekitar perkampungan di Jarablus dan ketika ini projek sudah mencapai 90 peratus pembinaan dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya hujung tahun 2023.

 GAMBAR SUNGAI FURAT YANG MENYALURKAN BEKALAN AIR BAGI PROJEK AIR BERSIH SYRIA INI 



 GAMBAR PROJEK AIR BERSIH SYRIA YANG TELAH MENCAPAI 90 PERATUS PROSES PEMBINAAN



 GAMBAR KAWASAN PENEMPATAN YANG AKAN MENERIMA MANFAAT AIR BERSIH INI 




Aman Palestin membuka peluang dengan mengajak anda bersama-sama kami bagi mengejar ganjaran pahala yang berpanjangan. Ayuh rebut peluang ini dengan menghulurkan sumbangan bagi Projek Air Bersih buat saudara kita di Syria.

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya."

(HR Muslim)

 Jom bersama kita bantu saudara kita di Syria yang memerlukan! 


**MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz)

CONTOH CARA KAEDAH MENYUMBANG MELALUI ONLINE PAYMENT (BILLPLZ AMAN PALESTIN)
*Kami mempunyai lebih kurang 20 buah cawangan seluruh Malaysia bagi memudahkan kami mendekati penyumbang bagi urusan rasmi,
tetapi akaun rasmi Aman Palestin Berhad adalah sama & center bagi ke semua cawangan.