Akaun amanpalestindamansara.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

 DANA KEBAJIKAN DAN KECEMASAN (BANJIR) 


1,866 mangsa banjir di Terengganu

Banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 1,866 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ketika ini, hujan berterusan menyebabkan enam daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu terjejas akibat bencana berkenaan.

Sumber: Berita Harian


 Banjir di Kelantan bertambah buruk 

Jajahan Pasir Mas menempatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu 3084, diikuti Tanah Merah (1,327), Pasir Puteh (1,070), Kuala Krai (832), Machang (814), Kota Bharu (807), Bachok (448) Tumpat (223), dan Jeli (207).

Sementara itu MyPuclic Infobanjir menunjukkan enam batang sungai di negeri ini sudah melepasi paras bahaya iaitu Jambatan Melor (Bachok), Sungai Lebir Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Golok (Tanah Merah), Sungai Golok (Tumpat) dan Sungai Jenob (Tanah Merah).

Sumber: Utusan

"BANTULAH SAUDARAMU YANG KESUSAHAN"

Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin,
maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat.”

[HR Muslim, No 2699]

 PERSIAPAN MISI BANJIR PERWIRA DENGAN KERJASAMA 
 AMAN PALESTIN 20 DISEMBER 2022 (SELASA) 




(8 November 2022, Selasa - PERWIRA & Aman Palestin telah mengagihkan 200 Bantuan Kit Bencana ke PKOB Klang bagi warga Klang untuk hadapi bencana banjir)


Atas dasar kemanusiaan, Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Kelab PERWIRA Malaysia telah melancarkan kempen Bantuan Mangsa Banjir (Dana Kebajikan dan Kecemasan) kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir semenjak dahulu lagi. Misi sukarelawan Bantuan Mangsa Banjir 2021 tahun lalu adalah meliputi negeri-negeri dan daerah-daerah utama kesan banjir seperti ke kawasan Lembah Klang, Pantai Timur dan Selatan.

Antara bantuan yang akan disalurkan oleh Aman Palestin adalah:

KIT KENDIRI

KIT KEPERLUAN KHAS (KIT BENCANA)

KIT MAKANAN

KEPERLUAN PUSAT KOMUNITI

Hari ini mereka di Pantai Timur pula mengalami kesusahan dibadai bencana banjir, sampai masa kita juga memerlukan mereka untuk membantu kita dalam kesusahan. Berikanlah bantuan yang terbaik demi kehidupan yang lebih baik buat mangsa banjir di Malaysia!



Ayuh rakyat Malaysia, kita berganding bahu menjadi salah seorang "barisan hadapan" dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir!