DANA KEBAJIKAN DAN KECEMASAN (BANJIR)
1,866 mangsa banjir di Terengganu
Banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 1,866 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ketika ini, hujan berterusan menyebabkan enam daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu terjejas akibat bencana berkenaan.
Sumber: Berita Harian
Banjir di Kelantan bertambah buruk
Jajahan Pasir Mas menempatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu 3084, diikuti Tanah Merah (1,327), Pasir Puteh (1,070), Kuala Krai (832), Machang (814), Kota Bharu (807), Bachok (448) Tumpat (223), dan Jeli (207).
Sementara itu MyPuclic Infobanjir menunjukkan enam batang sungai di negeri ini sudah melepasi paras bahaya iaitu Jambatan Melor (Bachok), Sungai Lebir Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Golok (Tanah Merah), Sungai Golok (Tumpat) dan Sungai Jenob (Tanah Merah).
Sumber: Utusan


Antara bantuan yang akan disalurkan oleh Aman Palestin adalah:
KIT KENDIRI
KIT KEPERLUAN KHAS (KIT BENCANA)
KIT MAKANAN
KEPERLUAN PUSAT KOMUNITI
Hari ini mereka di Pantai Timur pula mengalami kesusahan dibadai bencana banjir, sampai masa kita juga memerlukan mereka untuk membantu kita dalam kesusahan. Berikanlah bantuan yang terbaik demi kehidupan yang lebih baik buat mangsa banjir di Malaysia!
